The Back Door to The Morgue

My photo
Dunia ini penuh dengan pengecut, Mereka menginginkanmu menjadi seperti mereka, Menjadi menyedihkan, rendah hati, dan sopan Ludahi wajah mereka, Beraki mulut mereka, Dunia yang dilanggar Kutu-kutu kehidupan.

Sunday, April 3, 2011

Baca ja--------Tapi tak menilai dan mempersoalkan!

Aku dah lama tak menulis dekat blog ni. Aku tiada mood lah nak berblogging sejak akhir-akhir ni. Tak tahu sebab apa. Aku hanya tulis bila aku rasa nak menulis. Aku suka membaca, tapi malangnya aku jarang berfikir tentang apa yang aku baca. Berat sangat bagi aku untuk berfikir balik segala mak datuk yang aku baca. Malas betul! Tapi bila fikir balik, apa gunanya berhabis beratus ringgit beli buku, tapi haram tak baca. Kalau baca pun, adakah aku dapat nilai semula apa yang aku baca tu?

Orang tu boleh mengaku ------- " Eh, aku dah baca la buku ni, buku tu pun aku dah baca" tapi yang menjadi persoalannya adakah pembacaan itu memberi kesan kepada pemikiran dia dan cara dia melihat dunia melalui tindakan dia. Maksud yang aku cuba sampaikan, begini, kalaupun orang tu mengaku dia baca buku apa kejadah pun, adakah dia menilai semula pembacaan dia? Dan adakah pembacaan dia tu memberi kesan terhadap kematangan fikiran dia? Itulah masalah aku sekarang ni, aku baca tapi aku tak menilai dan aku jugak tidak mempersoalkannya balik. Oh Stupid me! Aku berlaku kejam pada diri aku sendiri. Bodoh betul la hang ni ain! Setuju? Sapa setuju angkat ketiak! (Aku setuju, yang aku mmg bodoh).


Sekarang ni, aku baca buku Suara Orang Buangan. Gila, best ah! Aku suka buku-buku soal perjuangan. Macam mana seseorang itu lalui kehidupan dengan cara dia sendiri------memilih untuk bergembira dengan kehidupan dengan acuan dia sendiri selagi tidak bertentangan dengan etika, moral dan tabi'e seorang manusia. Aku suka, dia bergembira dengan kehidupan melalui kebebasan menjadi diri sendiri. Tapi perlu aku ingatkan pada diri aku sendiri. Kebebasan itu ada harganya, tapi aku tak tahu dengan apa harus aku bayar harga sebuah kebebasan itu.

Aku baca buku tersebut. Tapi aku tak cuba pahami kemusykilan yang dihadapi oleh Prof.Nasr. Banyak maklumat yang aku peroleh, sangat banyak! Terutama sekali soal agama dan pentingnya mengkaji hukum agama dengan mengambil kira soal sejarah dan budaya apabila turunya sesuatu hukum atau wahyu kepada sesuatu kaum . Tidak mengapa, sekarang aku dah di bab 10, aku akan ulang lg proses membaca buku tu balik. Dan aku akan mencari segala persoalan dan rungkaikan jawapan bagi persoalan dan rasionalnya beliau berpendirian sedemikian. 


Prof . Nasr Hamid Abu Zaid

Setakat ni, aku sangat mengkagumi usaha dan keazaman dia dalam melalui kehidupan sebagai seorang yang dibuang oleh masyarakatnya sendiri---negara kelahirannya sendiri---Mesir. Dia dituduh sebagai seorang murtad hanya kerana beliau berpendirian bahawa, dalam soal mengkaji makna teks iaitu Al-Qur'an, penting bagi kita untuk memahami bahawa sejarah dan budaya sesuatu kaum di saat wahyu itu diturunkan kepada mereka--- ada perkaitan antara sejarah,budaya masyarakat, politik dan waktu/tahun/masa wahyu itu diturunkan meskipun Al-Qur'an itu sendiri tidak menyatakan tarikhnya. Amat penting untuk kita fahami kehidupan dan psikologi masyarakat pada masa itu. Ada logiknya, ada rasionalnya Al-Qur'an tetapkan sedemikian sesuai dengan keadaan tersebut.

Dia dituduh sebagai murtad oleh para islamis Mesir kerana dia berpendapat bahawa dalam hal mengenal Al Qur'an kita harus fahami cara Al Qur'an berkomunikasi dengan manusia dan sejarah penurunan wahyu. Al Qur'an adalah satu medium komunikasi antara Pencipta dengan manusia.








No comments:

Post a Comment